~~~~~~~~Without your love ,i'm nothing but beggar.....Without your kindness i'm merely just a passing shadow...u're change the way i look about our life and for that I LOVE YOU...


“Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini… pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang” (Khalil Gibran)



“Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu… Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada…” (Khalil Gibran)

Friday 9 September 2011

Surat Untuk Bulan...

Tadi dalam tensen tensen, sempat gak aku cari blogspot yg aku pernah ikuti dulu, kalau tak salah "surat untuk bulan" jugak tajuknya, tapi bukan punya bukak aku terbaca satu poem indah karya Muaz Hadi. sangat cantik, sangat indah dan sangat puitis...tahniah pada penulis tersebut, aku kongsikan bersama disini, harap tak menjadi isu besar..hehehhe
memang benar, kekadang kita nak tahu segalanya tentang orang yg lama tak jumpa, khabar dia,sihat ker, anak berapa, kerja apa, atau apa pun, tapi batas waktu dah ingatan serta keadaan telah memudarkan hati kita. kadang2 kita hanya mampu melihat, tersenyum dan seterusnya hilang dari pandangan....masa telah membutakan hati kita, hari telah memudarkan merah kenangan kita...tapi takdir tetap tersentuh tatkala kita berdepan tanpa suara...Kasih...benarkah aku tiada lansung dihatimu...? Ajarkan aku tentang takdir,sabar dan redha...dan aku akan menerimanya....
Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
..bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati

Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..

Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua

Kamu ingat aku bulan..?
.. tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar..
..di kala kamu mengambang

Aku rindu kamu bulan..
Aku rindu kamu..
Rindu..
-Muaz Hadi-
 

No comments:

Post a Comment