~~~~~~~~Without your love ,i'm nothing but beggar.....Without your kindness i'm merely just a passing shadow...u're change the way i look about our life and for that I LOVE YOU...


“Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini… pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang” (Khalil Gibran)



“Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu… Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada…” (Khalil Gibran)

Saturday 17 November 2012

Selamat Pagi Cinta...

Selamat Pagi Cinta...
Apa khabar kau hari ini
Adakah seperti aku merindui kamu selalunya
Adakah masih ingat semuanya tentang kita
Atau hanya bila angin menghembus hujung rambutmu..

Selamat Pagi kasih...
Hari ini sungguh luar biasa
Aku semakin jarang mengingatimu
Aku semakin jarang mendoakan mu
Mungkin kerana masa telah menghakis
ingatan aku , Umur telah melemahkan 
kekuatan memoriku
Hingga aku akur pada keadaan
Kau tidak lagi memiliki kenangan ku..

Selamat Pagi Sahabat sepermainan ku...
Kenangan telah  mendewasakan kita
Mengajar kita lebih menghargai 
lebih bersyukur kerana dipertemukan
dengan kamu..
Kerana kita tidak pernah tersilap langkah
kita membesar dalam suasana yang indah
kita meneroka alam tanpa rasa takut dan gentar
Dan akhirnya kini...
Kita tau mana yang benar  dan salah..

Selamat pagi sayang...
Kau tidak lagi bersamaku pada hari ini
Namun aku tidak sunyi...
Setiap hari pesananmu ku ingat
Bahawa aku tidak kesaorangan....

Sunday 4 November 2012

Salam......freeeennnnnn....

Salam beb,
lama sungguh aku x update blog aku nih, jgn kata nak update , nak login pun aku terkial kial....almost a year aku x bukak pun. Dunia baru...kerja sendiri dan kewangan yang tehad bukan lah benda yg kita suka sgt nak lalui....mana nak bayar bill, mana nak bayar utang, credit kad, rumah, keter dan belanja anak anak lagi.

citer yang tak da kesudahan pun...selagi idup,selagi tu ler kena buat..menda yang musti kita lakukan ....Anytime dari skang, aku pun nak branak, anak ke empat, bertambah lagiler belanja umah aku...kalo ikut hukum dah layak terima bantuan Zakat atau BR1M, hahahaha....

DR kata nak bagi sorat on tueday ni, nak kena refer hospital, sebab mmg aku kena bersalin operate...x kisahlah janji sumer selamat , pasni mungkin nak kena IKAT kata org, so apa yg dapat adalah kurnia yang terindah beb.....

Semua dah ready ...insyaallah, dulukan mana yg sepatutnya....yg lelain akan menyusul ler....

Semoga kita semua akan beroleh keberkatan dan keredhaan darinya....aku stop kat sini sebagai permulaan, dah lama x berblogger, rasa karat pulak  otak ni...cukuplah untuk hari ni dulu....byeeeeee